Friday, August 21, 2009

Azmil Mustapha bersama-sama Program Ibuku Sayang

"Waktu itu saya baru balik dari pub, jadi apabila buka TV ada siaran terjemahan al-Quran dan doa tutup siaran. Masa itu saya perhati terjemahan tersebut dan saya rasa Allah hebat. Saya terus memuji Allah, tapi cakap Inggerislah (ketawa)"AZMIL MUSTAFA (bekas Pelakon Filem 'Ali Setan').

BERSEMUKA bekas pelakon 'Ali Setan', Haji Mohd Azmil Dato' Mustapha, bagai tidak percaya bahawa watak nakal dalam filem tersebut telah berubah sama sekali. Berjubah putih, berjanggut, riak wajahnya cukup menggambarkan ketenangan dikecapinya. Berbual dengannya seolah-olah mendengar ceramah, yang kini menjadi rutin hariannya. Ikuti temu bual wartawan Harakah, ANIS NAZRI dengan Azmil, di kediamannya di Shah Alam baru-baru ini. Klik disini.



Kehadiran Azmil Mustapha di dalam program Rumah Ibuku Sayang begitu bermakna bagi penghuni Rumah Ibuku Sayang.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian Saudara Azmil Mustapha memberikan ceramah agama kepada penghuni Rumah Ibuku Sayang dan juga mereka-mereka yang hadir pada hari itu.


No comments:

Post a Comment