Keratan Akhbar Rumah Ibuku Sayang Arrayyan

Bakti Rumah Ibuku Sayang Arrayyan

RIS Arrayyan Sempurnakan Kehidupan


Rumah Ibuku Sayang

Ramai Kawan, Senang Beribadat
(Harian Metro, Khamis, 27 Oktober 2005)

Meniti usia tua kadang-kala amat memilukan apabila orang tersayang sudah menyahut seruan Ilahi dan anak pula semakin dewasa dan sibuk menentukan masa depan sendiri.

Dalam usaha menjana kekuatan emosi dan ketakwaan dikalangan warga tua, seorang guru, Rayah Abdul Ghani, 66, bersama 10 sahabatnya menubuhkan Rumah Ibu Ku Sayang.
Terletak di Persiaran Semarak 2, Taman Panchur Jaya, Seremban, rumah itu berfungsi sebagai tempat memberi peluang kepada warga emas beramal dengan ilmu yang dipelajari secara berjemaah.
Rayah berkata, tujuan asalnya mengasaskan rumah itu bagi membantu warga emas terutama yang tinggal bersendirian untuk bersahabat dan mengisi masa dengan melakukan amal jariah.
“Projek Rumah Ibu Ku Sayang ini membantu warga emas supaya mereka tidak tinggal bersendirian dan kesunyian dikampung atau terlalu sibuk membantu anak mereka hingga tidak ada masa beribadat,”katanya.
Sejak projek itu bermula, lapan warga emas menetap dirumah itu dan mereka biasanya pulang kerumah masing-masing atau rumah anak apabila tiba hujung minggu.
Rumah itu menyediakan suasana yang sesuai untuk mereka beribadat dan mendekatkan diri kepada Allah melalui solat fardu berjemaah, solat sunat, zikir, puasa sunat dan belajar Al-Quran.
Penghuni juga dibimbing dalam suasana tenteram melalui kelas fardu ain, pengajian Al-Quran dan tafsir serta ceramah dan majlis ilmu.
Apatah lagi, bersebelahan rumah itu adalah rumah Rayah sendiri yang turut mengendalikan kelas pengajian Al-Quran sejak 15 tahun lalu dan mebolehkan penghuni turut serta dalam semua aktiviti keagamaan yang dijalankan.
Apa yang penting, dalam usia tua, mereka tidak tersisih daripada masyarakat sekeliling dan berpeluan mempunyai sahabat sebaya yang membolehkan mereka bere\interaksi secara positif.
“Konsep rumah ini bukan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menempatkan orang terbiar, tetapi ia lebih kepada konsep mendidik dan mendorong insane membuat amal,”katanya.
Sehubungan itu, katanya, penghuni diminta membayar RM100 sebulan yang akan digunakan untuk membayar guru yang datang mengajar dan memberi ceramah, tetapi, bagi yang tidak berkemampuan, ia akan dikecualikan.
Menurutnya, rumah yang mula beroperasi Julai 2005 yang lalu dibuka menggunakan wang ahli jawatankuasa dan sumbangan orang ramai.
“Biasanya, sumbangan dating dalam bentuk barang makanan seperti dodol atau air mineral yang kemudiannya dijual kepada orang lain.
“Kos bulanan rumah ini sebanyak RM700 sebulan juga dapat diselesaikan melalui sumbangan orang ramai. Alhamdulillah, setakat ini masih ada sumbangan diterima. Bagi yang sudi memberi sumbangan boleh hubungi talian 06-6793840.”katanya.
Penghuni, Kamisah Abu, 71, dari Sri Menanti, Negeri Sembilan, yang mempunyai tiga anak, berkata beliau selesa tinggal dirumah itu kerana dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada aktiviti beribadat.
“Saya gembira tinggal di sini kerana ramai rakan dan tidak bosan duduk seorang dirumah. Lebih pun, disini kami belajar Al-Quran dan bersembahyang bersama-sama,” katanya.
Bagi Zaiton Baharom, 62, dari Mantin, rumah itu memberinya peluang bergaul dengan rakan sebaya dan menghabiskan masa dengan belajar agama dan mengikut Rayah mengajar mengaji ditempat lain.
“Duduk dirumah anak bongsu juga, tetapi kita sentiasa sibuk membantu mereka hingga tiada waktu untuk beribadat.
“Anak sudah besar dan biarlah mereka menguruskan kehidupan masing-masing,” katanya.
Sapiah Sauh, 66, pula berkata, memang agak sukar untuk enam anaknya melepaskannya tinggal dirumah itu kerana bimbangkan keadaan dirinya.
“Di sini, jadualnya tepat untuk saya beribadat. Walaupun anak tidak begitu suka dengan keputusan ini, saya tetap riang disini. Saya harap anak saya faham, “ katanya.

No comments:

Post a Comment