Wednesday, November 16, 2011

Lawatan dan Sumbangan dari Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga dari Rumah Ibuku Sayang Arrayyan kepada guru-guru dan juga pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan KGV, Seremban yang telah membuat lawatan dan menyampaikan sumbangan mereka kepada Rumah Ibuku Sayang Arrayyan sebentar tadi. Walaupun dalam cuaca hujan lebat, mereka hadir dengan semangat dan keihlasan hati. Terima kasih cikgu dan juga pelajar-pelajar diatas sumbangan mereka itu.

Bas rombongan Sek. Men. Keb. King George V yg membawa pelajar-pelajar.



 Kelihatan adik ini berminat dengan gambar-gambar ibu-ibu warga emas yg digantung di soft board.


 Sepatah dua kata dari wakil guru-guru dan pelajar-pelajar Sek Men. Keb. KGV, Seremban.

 Ucapan terima kasih Ustazah Rayah kepada semua guru-guru dan juga pelajar-pelajar semua.

 Diantara pelajar-pelajar perempuan bersama ibu-ibu warga emas.


 Penyerahan wang sumbangan pihak sekolah kepada Rumah Ibuku Sayang Arrayyan.

 Gambar kenang-kenangan sebelum bersurai.


Monday, November 7, 2011

Sumbangan Ikhlas dari Takaful Ikhlas Wilayah Melaka dan Negeri Sembilan

Alhamdulillah, Rumah Ibuku Sayang Ar-Rayyan dan Rumah Anak-Anakku Sayang Ar-Rayyan pagi ini 8 November 2011 telah menerima kunjungan dari Takaful Ikhlas wilayah Melaka dan Negeri Sembilan. Kami sempat beramah mesra dan berkongsi-kongsi idea.

 Kehadiran Takaful Ikhlas wilayah Melaka dan Negeri Sembilan dijamu oleh ibu-ibu warga emas dengan Bihun sup.



 Alhamdulillah. Takaful Ikhlas menyerahkan sumbangan ikhlas mereka kepada ibu-ibu warga emas di Rumah Ibuku Sayang Ar-Rayyan. Terima kasih kami kepada mereka semua yang terlibat.

 Alhamdulillah. Terima kasih kepada Takaful Ikhlas dari Wilayah Melaka dan Negeri Sembilan diatas sumbangan ikhlas mereka kepada anak-anak yatim dan miskin, Rumah Anak-Anakku Sayang Ar-Rayyan.

 Gambar kenangan diperkarang Rumah Ibuku Sayang Ar-Rayyan.

Sebelum pulang, Takaful Ikhlas sempat beramah mesra dengan Anak-Anak Yatim Ar-Rayyan. "Belajar rajin-rajin dik Bila dah besar nanti bantu ibu" kata mereka.